Monday, May 14, 2007

Baju Renang Muslimah S.A.M.I.R.A

Baju Renang Muslimah S.A.M.I.R.A

Baju Renang Muslimah (Muslimah Swimsuit) S.A.M.I.R.A adalah baju renang bertutup yang di reka khusus untuk memenuhi akidah syariah bagi muslimah. Menggunakan bahan Lycra, iaitu bahan umum dipakai untuk baju renang, mudah lentur dan halus. Mempunyai penutup kepala yang menutup sehingga bahagian leher. Kolar baju yang tinggi. Bahagian dalam baju diberi lapisan yang membuatkan baju tidak melekat di tubuh badan sewaktu basah.
Bahagian baju yang labuh hingga setengah paha, memudahkan pergerakan dan menutup aurat. Atas (baju) dan bawah (seluar) disambung terus/1 piece agar baju tidak dimasuki air serta tidak mengembang sewaktu berada didalam air. Ukuran tidak ketat, dapat dipilih sesuai ukuran yang ada, yaitu dari S hingga XXXL. Motif dengan pelbagai corak untuk menutupi (camoufladge) bentuk tubuh.

Dari Sudut Kesihatan

Baju renang muslimah Samira bukan sekadar baju renang tertutup untuk memenuhi prasyarat muslimah, tapi juga mementingkan faktor kesihatan. Pada masa kini, isu mengenai kesihatan kulit menjadi antara berita utama misalnya kanser kulit, flek pada kulit, keriput, dll. Hal ini adalah kerana kebanyakan aktiviti kita berada pada lingkungan yang terdedah kepada sinar UV matahari.

Di kolam renang atau di pantai, kesan sinar UV ini secara relatifnya lebih tinggi berbanding tempat lain. Secara umumnya, kita menggunakan lotion sunblock pada kulit ketika kita berada di kolam renang atau pantai. Terdapat 3 cara yang dapat kita lakukan untuk melindungi kulit kita dari sinaran UV iaitu:

1) Menggunakan lotion sunblock

2) Berlindung di sebalik bayangan (menggunakan payung atau dibawah pohon, dll)

3) Menggunakan pakaian dengan skin coverage yang luas

Ketika melakukan aktiviti di kolam renang atau di pantai, baju renang muslimah Samira dapat memberikan perlindungan pada kulit dari sengatan sinaran UV. Baju renang muslimah Samira menggunakan bahan khusus (UPF = UV Protective Fabric) yang dapat menahan pengaruh sinar UV.

Pada umumnya, baju renang dibuat dengan ukuran ketat (stretch) bagi tujuan fleksibiliti pada pergerakan. Namun begitu dari segi kesihatan kulit, ternyata hal ini kurang baik. Bahan UPF yang mengalami stretching akan mengurangkan fungsinya sebagai sun protection kerana renjutannya menyebabkan kerenggangan pada baju. Untuk itulah baju renang muslimah Samira direka lebih longgar dari baju renang pada umumnya (selain tentunya yang utama untuk mengikuti kaedah syarak) namun tetap mengambilkira fleksibiliti pada pergerakan.